Friday, August 19, 2011

Aku hanya hambaMU

aku bukan Khadijah,
yang mendapat kiriman salam dari Mu,
aku bukan 'Aisyah,
yang selalu mendengar bicara kekasihMu,
aku juga bukan Sumaiyah,
yang berkorban kasih isteri dan ibu utk mendapat kasihMu,
aku bukan Asiah,
yang Kau takdirkan miliki singgahsana di syurgaMu,
aku juga bukan Siti Muthi'ah,
yang dijanjikan untuk menjadi penghuni syurga,
aku hanya seorg hambaMu,
yang telah terlalu banyak khilafnya,
yang ingin memohon pengampunan,
yang ingin mendapatkan cinta istimewa Mu,
berilah aku peluang untuk merebut cintaMu itu,
berilah aku peluang untuk melangkah ke pintu taubatMu itu.
terimalah ibadahku,
terimalah taubatku,
terimalah cintaku, Ya Rabbul Izzati
~Hidayah
Kuarters Guru Palong 11,N9,
Khamis, 18-Aug-2011, 10:50
18 Ramadhan 1432 H

Monday, January 31, 2011

Pencarian



Ku berlari hingga ku tak mampu untuk berdiri
ku menjerit hingga ku tak mampu berdiam lagi
kedamaian yang ku cari semakin menghilang
ketenangan yang ku idam makin ku rindu
dengan hati yang patah,
dengan jiwa yang lara,
aku lari membawa hati ini

walau bernafas agak sukar
tapi aku masih bernyawa
perjalanan yang sukar dan jauh
belum waktu untuk ku berhenti
walau diri dalam kesakitan
tapi ada ubatnya
penawar yang aku temui bersama nama-Mu
dengan nama-Mu
ku temui maknanya
dan aku rindu kepada-NYA lagi…

cahaya
PALONG 10
11.52 PM, 10-1-2011

Friday, July 23, 2010

Mengapa doaku terhijab

Pernah tak kite terfikir, "kenapa doa-doaku itu tidak termakbul, adakah Allah tidak mahu mendengar doaku lagi...?" mengapa doa kita masih tidak dimakbulkan apakah yangkita harus lakukan untuk doa2 itu dimakbulkan??? mengapa orang lain begitu mudah mendapat kebahgiaan dan mengapa bagi diri kita terlalu sukar... adakah Allah tidak mahu adil kepada kita kerana dosa2 yang telah kita lakukan??? tetapi, sesungguhnya Allah itu adalah Yang Maha Adil, mungkin inilah jawapannya
Nabi Muhammad pernah bersabda: "sesungguhnya Jibril diberi tugas bagi menguruskan segala keperluan anak Adam. Sekiranya seorg hamba yang ksfir berdoa, Allah berkata kepada Jibril, 'hai Jibril, tunaikanlah keperluannya. sesungguhnya Aku tidak suka mendengar permintaannya.' dan sekiranya seorg hamba mukmin berdoa, Allah berkata kepada Jibril, 'wahai Jibril, jgnlah kau tunaikan dulu permintaannya,kerana Aku suka mendengar permohonannya.' " - hadis laporan Ibnu Najah daripada Jabir r.a

"seorg muslim yang berdoa, memohon kepada Allah, dia tidak meminta sesuatu yang berdosa (dilarang) dan tidak akan memutuskan hubungan silaturrahim, maka Allah membrikan salah satu dari 3 kemungkinan. kemungkinan pertama, doa itu dimakbulkan, kemungkinan kedua, doa itu akan disimpan oleh Allah untuk hari akhirat kelak. dan kemungkinan ke3, Allah menjauhkan org itu dari keburukan"- hadis dilapor oleh Tarmidzi, Ahmad dan Sahih Al-Jami'


dan mungkin juga kita terlalu "selfish" didalam doa2 hari2 kita... kita terlupa diluar sana ada begitu ramai keluarga muslim kita yang memerlukan doa kita. ada begitu ramai manusia yang sesat dalam dunia ini... kita tidak mampu memberi bantuan fizikal kpd mereka, maka seharusnya kita mendoakan supaya mereka yang sedang derita supaya dikurangkan bebannya, mereka yang sesat kembali ke jalan yang benar kerana ada kebaikan yang menunggu org yg suka mendoakan org lain, seperti di dalam hadis ini:
"... di ats org yg berdoa, ada malaikat yg mewakili setiap org muslim yg mendoakan saudaranya kepada kebaikan. malaikat yg mewakili itu berkata, "juga untuk kamu seumpamanya" (hadis laporan dari Muslim).

adkah kita pernah terfikir mungkinkah Allah sengaja tidak mahu menkabulkan doa kita kerana dosa2 yang pernah dilakukan?? tetapi, Allah itu adlah Yang Maha Pengampun, tiada yang terlewat untuk taubat melainkan mati.
"kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada dilangit dan bumi. dan jika kamu melahirkan apa yg ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akn membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa ygg dikehendakinya; dan Allah Maha Berkuasa ats segala sesuatu." (285: Al-baqarah)

dan dugaan yg diadakan untuk diri kita adalah tanda ingatan dari Nya. tanda Dia mahu kita memohon kepadanya, tanda Dia mahu kita mengingatiNya dan adakah yg lebih baik di dunia ini selain dari mengingati Pencipta???

Allah tidak akan membebani seseorg melainkan sesuai dengan kesunggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya. (mereka berdoa): ' Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalahYa Tuhan kami, jgnlah Engkau bebankan kami dengan beban yg berat sebagaimana Engkau bebankan kepada org2 yg sebelum kami. Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg tidak sanggup kami memikulnya. berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir. (286: Al-baqarah)

"jika mereka berpaling (dari keimanan) maka katakan lah: "cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yg agung" (129: At-Taubah)

dua ayat yg terakhir ini sgt digalakkan untuk bacaan doa seharian. ayat 286 surah al-baqarah ini adalah ayt wajib hafazan bagi subjek agama Islam di sek men ren...

akhir sekali renungkan lah hadis berikut...

"siapakah yg pernah mengharapkan Aku menghalau kesulitannya lalu AKu kecewakan? siapakah yg pernah mengharapkan Aku kerana dosa2nya yg besar lalu Aku putuskan harapannya? siapakah pula yg pernah mengetuk pintuku tetapi aku tidak bukakan?" - Hadis Qudsi.

rujukan: Kitab AL-Quran (tafsir), Di dunia ada syurga (Asma Nadia)

Saturday, October 17, 2009

Bagaimana Bercinta Cara Islam




Bagaimana Bercinta Cara Islam
Posted on November 22, 2008 by bidadari.
Categories: **I Luv Islam.

www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu “Jodoh”.

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.



Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.



Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Lagu Pilihan Admin_Usah Putus Asa oleh Mirwana&Akbar


Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
“Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku “Tentang Cinta”

living in pain... and memories... :(





salamalaika...
dah lame betul tak update blog ni.... kerana diri ini terlalu sebuk dengan segala assignment dalam mengajar cita2 sbg pendidik... kadang2 tu rasa gak diri mcm tertewas kerana energy usage da hampir ke peak... tp, selalu igtkan diri, jgn pentingkan diri... peluang harus dimanfaati sepenuhnya.. hati ini selalu terhiburdan senang kembali dengan celoteh kwn2 seangkatan... bersama-sama mencari idea dlm mengenlightedkan hidup masing2...

tapi, memori lalu tetap berlyar kembali... susah gak, tapi,, selalu igtkan diri jgnterhanyut... what is past remains to be past. nothing that we can do to change the past... and the wound have to stay as wound...

today, i see that face again... why?? nothing i can do to change this feeling... :(
but, only Allah knows the truth beyond those eyes... the eyes that follow every step that i take in my life, in the future...

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia..
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'. Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam...
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ?
...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'. Hanya ulama ini yang berani bersuara

Friday, July 10, 2009

cara kita sebagai org Islam

alhamdulillah dlm bulan 6 hari tu, saya berjaya mendpt tmpt bgi melanjutkan pelajaran ke upm dlm program diploma pendidikan lanjutan ijazah... so dlm sethun ni mmg la bz and struggle nk finish kan program ni... awl2 lgi da rase lelah dia.... tpi still berpgang pada prinsip, Allah hnya akan bagi dugaan kepada hambanya yg Dia tahu boleh di lalui oleh hamba-Nya itu... insya Allah. lagi 1, apa yg diberi oleh Allah itu adlh peluang, kita akan jdi terbaik di setiap peluang yang kita perolehi... insya Allah...

tapi, sebenrnya bkan tulis post ni nk ckap psal falsafah n yg sewaktu dgnnya... tp, nk story psal pengalaman sendiri... dlm sejarah isra' dan mikraj lgi Rasullulah da berpesan, sesungguhnya penghuni neraka itu lebih ramai drinya adlh wanita, perempuan... kdg2 terasa cam sedey gitu, nape perempuan walhal yg bt jahat kat dunia ni mcm merogol, mencuri, n etc... tapi rase nye da tau da sbb pe? sbb mulut kite sendiri... mulut org perempuan ni... hari tu saya ada kelas pkul 3, jd pergila bersembahyang zohor pd pkul 2 di surau di blok i di fpp (fakulti pengajian pendidikan)ingatkan dlm pkul 2 da lengang la skit surau... alhamdulillah skrg ni smua da ada kesedaran mengenai solat... tapi... hampeh... msih rmai lgi di surau... awalnye, bole la di maafkan sbb maybe diorg nk berzikir ke (besangka baek)... jdi saya pun trus la menunaikan kewajipan... semasa dlm solat, rase macm tesgtlah teganggu dgn zikir2 perempuan ini... dri berbual sehingga ke bergelak ketawa... aku pun terfikir,,, tak nmpak ke diorg yg ada orang sedang bersolat dan memerlukan waktu dan ruang lingkup yg sesuai utk bermonolog dgn Rabbul'Izzati... sedey sgt... memula nye saya bersabar, tetapi semasa saya memakai tudung tiba2 ada sekelompok sahabat yg berbual tergelak... terlalu kuat, bgaikan surau tersebut telah evolving menjadi pasar besar klang gitu... tension gak... and then suddenly tetibe...
" awak tak nampak ke ada org sembahyang kat depan? tak de perasaan hormat ke? saya ingatkan sini surau tapi rupa2 nya pasar"... selepas itu untuk berapa ketika senyapla... tapi lepastu dengar la suara2 sumbng yg mempertikaikan dan memperli teguran yg diberi... susah nk btulkan sesuatu yg telah jdi kebiasaan dan habit dlm diri seseorg... sehinggakan hilang rasa hormat kepada rumah Allah... wlaupun surau yg kecil, tetapi apabila ada hamba-Nya yg mendirikan solat, hrusla kita (umat Islam) menghormati tempat tersebut... klau umat Islam itu sendri hilang rasa hormat, hatta non-muslim... jgn salahkan org bukan Islam tidak menghormati umat Islam, kerana kita la punca hilang rasa hormat itu. letakla kesalahan itu dalam diri masing2..