Friday, July 23, 2010

Mengapa doaku terhijab

Pernah tak kite terfikir, "kenapa doa-doaku itu tidak termakbul, adakah Allah tidak mahu mendengar doaku lagi...?" mengapa doa kita masih tidak dimakbulkan apakah yangkita harus lakukan untuk doa2 itu dimakbulkan??? mengapa orang lain begitu mudah mendapat kebahgiaan dan mengapa bagi diri kita terlalu sukar... adakah Allah tidak mahu adil kepada kita kerana dosa2 yang telah kita lakukan??? tetapi, sesungguhnya Allah itu adalah Yang Maha Adil, mungkin inilah jawapannya
Nabi Muhammad pernah bersabda: "sesungguhnya Jibril diberi tugas bagi menguruskan segala keperluan anak Adam. Sekiranya seorg hamba yang ksfir berdoa, Allah berkata kepada Jibril, 'hai Jibril, tunaikanlah keperluannya. sesungguhnya Aku tidak suka mendengar permintaannya.' dan sekiranya seorg hamba mukmin berdoa, Allah berkata kepada Jibril, 'wahai Jibril, jgnlah kau tunaikan dulu permintaannya,kerana Aku suka mendengar permohonannya.' " - hadis laporan Ibnu Najah daripada Jabir r.a

"seorg muslim yang berdoa, memohon kepada Allah, dia tidak meminta sesuatu yang berdosa (dilarang) dan tidak akan memutuskan hubungan silaturrahim, maka Allah membrikan salah satu dari 3 kemungkinan. kemungkinan pertama, doa itu dimakbulkan, kemungkinan kedua, doa itu akan disimpan oleh Allah untuk hari akhirat kelak. dan kemungkinan ke3, Allah menjauhkan org itu dari keburukan"- hadis dilapor oleh Tarmidzi, Ahmad dan Sahih Al-Jami'


dan mungkin juga kita terlalu "selfish" didalam doa2 hari2 kita... kita terlupa diluar sana ada begitu ramai keluarga muslim kita yang memerlukan doa kita. ada begitu ramai manusia yang sesat dalam dunia ini... kita tidak mampu memberi bantuan fizikal kpd mereka, maka seharusnya kita mendoakan supaya mereka yang sedang derita supaya dikurangkan bebannya, mereka yang sesat kembali ke jalan yang benar kerana ada kebaikan yang menunggu org yg suka mendoakan org lain, seperti di dalam hadis ini:
"... di ats org yg berdoa, ada malaikat yg mewakili setiap org muslim yg mendoakan saudaranya kepada kebaikan. malaikat yg mewakili itu berkata, "juga untuk kamu seumpamanya" (hadis laporan dari Muslim).

adkah kita pernah terfikir mungkinkah Allah sengaja tidak mahu menkabulkan doa kita kerana dosa2 yang pernah dilakukan?? tetapi, Allah itu adlah Yang Maha Pengampun, tiada yang terlewat untuk taubat melainkan mati.
"kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada dilangit dan bumi. dan jika kamu melahirkan apa yg ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akn membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa ygg dikehendakinya; dan Allah Maha Berkuasa ats segala sesuatu." (285: Al-baqarah)

dan dugaan yg diadakan untuk diri kita adalah tanda ingatan dari Nya. tanda Dia mahu kita memohon kepadanya, tanda Dia mahu kita mengingatiNya dan adakah yg lebih baik di dunia ini selain dari mengingati Pencipta???

Allah tidak akan membebani seseorg melainkan sesuai dengan kesunggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya. (mereka berdoa): ' Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalahYa Tuhan kami, jgnlah Engkau bebankan kami dengan beban yg berat sebagaimana Engkau bebankan kepada org2 yg sebelum kami. Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg tidak sanggup kami memikulnya. berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir. (286: Al-baqarah)

"jika mereka berpaling (dari keimanan) maka katakan lah: "cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yg agung" (129: At-Taubah)

dua ayat yg terakhir ini sgt digalakkan untuk bacaan doa seharian. ayat 286 surah al-baqarah ini adalah ayt wajib hafazan bagi subjek agama Islam di sek men ren...

akhir sekali renungkan lah hadis berikut...

"siapakah yg pernah mengharapkan Aku menghalau kesulitannya lalu AKu kecewakan? siapakah yg pernah mengharapkan Aku kerana dosa2nya yg besar lalu Aku putuskan harapannya? siapakah pula yg pernah mengetuk pintuku tetapi aku tidak bukakan?" - Hadis Qudsi.

rujukan: Kitab AL-Quran (tafsir), Di dunia ada syurga (Asma Nadia)