Friday, August 19, 2011

Aku hanya hambaMU

aku bukan Khadijah,
yang mendapat kiriman salam dari Mu,
aku bukan 'Aisyah,
yang selalu mendengar bicara kekasihMu,
aku juga bukan Sumaiyah,
yang berkorban kasih isteri dan ibu utk mendapat kasihMu,
aku bukan Asiah,
yang Kau takdirkan miliki singgahsana di syurgaMu,
aku juga bukan Siti Muthi'ah,
yang dijanjikan untuk menjadi penghuni syurga,
aku hanya seorg hambaMu,
yang telah terlalu banyak khilafnya,
yang ingin memohon pengampunan,
yang ingin mendapatkan cinta istimewa Mu,
berilah aku peluang untuk merebut cintaMu itu,
berilah aku peluang untuk melangkah ke pintu taubatMu itu.
terimalah ibadahku,
terimalah taubatku,
terimalah cintaku, Ya Rabbul Izzati
~Hidayah
Kuarters Guru Palong 11,N9,
Khamis, 18-Aug-2011, 10:50
18 Ramadhan 1432 H