Sunday, November 9, 2008

A LOVE LETTER CUM A PROPOSE LETTER


sahabat bacalah dgn sabar ye, krn kisah ini panjang, tetapi amat menarik dan perlu ditauladani oleh kita (^_^)

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. . baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga……

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..

Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa …… Kerana Dia Manusia Biasa … Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula
dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi. Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,
dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That’s all……Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum
pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya
tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya
bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh…, dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe.
…….
"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya
membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun s aya masih hafal dengan kata-katanya.
Begini isi surat itu………
************ ********* *********
Kepada Yth ………
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya..
Assalamu’alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama ………… menginginkan anda ………… … untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha
sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana
Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu’alaikum Wr Wb
************ ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini
saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia……?"
"Kerana dia manusia biasa……. " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
"Ssttt…… ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik…..?"
"Tidur…… Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan ‘nama’. Status diri yang selama ini melekat dan
dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu ‘alam

KHAS UTK SAHABAT2 HAWAKU..


(dipetik dari blog HANAFI)

Hawa…..
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar mmperjuangkan ad-din Allah.
Hawa…..

> Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…..

> Lelaki yang baik tida melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

> Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan….

> Oleh itu hawa,jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlah cinta ibua bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu…..Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.Cintilah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga……

> JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI….
Wallahua’lam..

KISAH BENAR MUSLIMAH


Message: Kisah Benar... Hampir Dirogol!!
Message:
Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar. Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat
untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapatmengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ). Dia pun tanya perogol itu "Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I ' m alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang
menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun
malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa
beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah..
Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ' Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik untuk dikongsi bersama. Insya Allah

KEAMPUNAN ALLAH


Keampunan Allah sepenuh bumi. ( berdsrkn Zaharuddin Abd Rahman, Metro, 12 Okt)

(artikel ini di edit dr metro… sya hnya mengambil bbrp fakta drinya… insyaAllah menjdi renungan bersm..)

Apabila dosa yg dlakukn x terhitung lagi, msh bolehkah kita mensucikn dri drp sgla noda itu? Msihkh kita punya masa utk kmbli ke pngkl jln dan hdp sbgi manusia yg bersih drp sgla kektrn mksiat dan perbuatn jahat silam?? Msihkh aku akn diterima kmbli oleh Penciptaku?
Rmai yg akn membuka mta apbla tba d sisa2 usia… pd saat itu, seseorg yg mnghbiskn hdpnya dgn maksiat dn nikmt dunia mula sedar yg dia tlah terlalu tua (itupn klau msih ada ksedran) dan perlu kmbli ke pngkl jln… jln yg diredhai Allah…
Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih dan Maha Penyayang. Allah juga Al-Wahhab (yg Maha Memberi). Kasih dan sygnya tmph kpd manusia dgn pengampnn bgi mereka yg sentiasa berdoa dan berhrp. Kerana sifat yg Maha Memberi Allah itulah, hamba2 nya hrus yakin akan pengampn dan pertlongan Allah. Meminta hnya pada Nya. Allah itu memberi tnpa ada syarat (terms n condition). Bygkn klau Allah mengmpnkn kita dgn bersyarat? Adakh kita mmpu utk melepasi syart2 Nya? Jika Allah mentpkan yg solat itu hrus khusyuk, rsa2nya ada brapa bnyk solat kita yg menepati terms and regulations tu? Kdg2 hamba ini mmg x sedar dri... tak pnh menyedari status dri sendri... btpa bruk dan daif amln kita utk mendpt apa yg kita tlh dpt sblm kita pandai lg berkta2... btpa Allah itu Al-Wahhab... Allahuakbar!
Drpd Anas RA, ktanya, “Aku dgr Rasulullah SAW bersabda, ‘ Allah berfirman: Hai ank Adam ! Sesungghnya engkau berdoa dan berharap pdKu, Aku ampni bg engkau d ats dosa yg ada pd engkau dan Aku tidak peduli. Hai ank Adam! Klau smpi dosa engkau ke awn lngt, kemudian itu engkau mohon keampnnKu, nescaya aku ampuni engkau. Hai ank Adam! Sesngghnya klau engkau dtg pdKu dgn kslhn sepenuh bumi (ini) kmdn engkau temui Aku pdhal tiada engkau mempersekutukn Aku dgn sesuatu, nescaya Aku beri kpd engkau keampunan dgn sepenuh bumi.” (sahih Al-Tarmizi)
Keampn Allah adlh sepnh bumi, bgtulah bsarnya kasih dan syg Allah pd hamba manusianya... bagaimana syg kita pdNya? Skjp pn sgt pyh untuk mengingatinya... tetapi, btpa Allah itu mha Agung, tak pnh dia mengungkit nikmat yg tlh di beri. Jika org lain, psti akn dibca apa yg tlah dia bri (bkn org lain, dri kita sendri juga bgtu)...
Memhn keampnn @ beristighfar membwa kpd mksd memnta keampnn dgn lidah dan bertaubt di hati dan menghntikan perlakuan dosa yg penh dilakkn spya seiring dgn pemohnn itu. Istighfar yg afdal dimulai dgn pujian pd Allah dn diikut pengakuan diats dosa yg dilkukn sebelum memnta keampunn.
Memohon keampn itu dibahagi kpd 3 iaitu istighfar dr golongn org berdosa yg mhu diampuni dan tkutkn seksaan; golongan ke2, glgn org yg salih utk melnyapkn x snang hati krna krg bersyukur dan kelalaian hati; dan golongn ke3, glgn nabi utk menmbh lg syukur mrk ke hadrt Ilahi.
Kesmplnnya, bgi mendptkn keampnan Allah, seseorg manusia itu, hndklah berdoa dan menaruh hrpn bhwa doa diterima-Nya, istighfar dan yg pling ptg ialah tauhid pd iktikad atau kepercayaan. Wallahualam.

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah… thank you Allah!

I asked for strength, and Allah gave me difficulties to make me strong…
I asked for wisdom, and Allah gave me problem to solve…
I asked for courage, and Allah gave me obstacle to overcome…
I asked for love, and Allah gave me troubled people to help…
I asked for favor, and Allah gave me opportunities…
Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed…

CRITER SUPERMAN

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali
berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan
best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku,
apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah
yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh
tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan
dan berkumur, InsyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 朒utang kereta/
rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai
sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku
nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke
inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke
bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat
ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai
perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh...
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak
suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis
nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan
dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of
lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3
kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan
tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke
lidi he he heh"-kataku.
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi
makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik
dengan bertanya :
Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun
sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila
tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila
korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan
makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang
tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat,
ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal
dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang
tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan
diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di
lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!
He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith, just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman
pun akan jadi mayat)

tawadduk dan Qanaah


Rasulullah SAW bersabda,
“setiap hamba yg memberi maaf, Allah SWT pasti akn menmbhkan kemuliaan utknya. Dan setiap seseorg bertawadhuk, psti akn diangkt-Nya dia”

Rasulullah SAW bersabda lagi:
“ beruntunglah org yg bertawadhuk bkn krn dlm kemiskinan dan menggnkan hartanya yg dia kmplkan bkn dlm kemaksiatan srta mengasihi org2 hina dan miskin, juga menggauli ahli fiqih dan ahli hikmah”

Rasulullah bersabda lagi…

“Tuhanku, mempersilakan aku memilih antra 2 per; Agar aku jd hamba tetapi Rasul atau jd raja ttpi Nabi. Aku tidak tahu mana yg msti dipilih, kemudian aku memandg Jibril dan dia berkata, “bertawadhuklah kpd Tuhanmu.” Maka aku berkata, “jadi hamba tetapi Rasul”

Allah SWT bersabda kpd Nabi Musa AS:
“ yg aku terima hnya solat org yg bertawadhuk terhdp keagungan-Ku, x sombong terhdp makhluk-Ku, dan hatinya sentiasa tkut kepada-Ku.”

Juga Rasulullah bersabda,
“pemurah adalah taqwa, mulia adlh tawadhuk dan yakin adlh kaya”

Rasulullah juga bersabda; “ 4 perkara yg x akn dikasihikan kecuali kpd org yg disukai; diam adlh awal ibadah, tawakal kpd Allah, tawadhuk dan zuhud didunia.”

Alangkah indah didlm syair:

Tawadhuklah, kau akn jadi bgikan bintang indah,,
Sepertinya di permukaan air, meskipun tinggi dan jauh.
Jgnlah kau sprt asap tinggi di udara,
Padahal ia amat hina.

Qanaah (menerima terhdp apa yg telah dibri Allah utknya), Rasulullah jg bersabda, ”kemuliaan seorg mukmin brda dlm watak kayanya dr manusia. Maka dlm watak qanaah terltak kemerdekaan dan kemuliaan”

Juga disebut dlm syair,
Tinggalknlah kegilaan dan gemerlapan dunia,
Jgn kau tertipu olh perlumbaannya,
Terimalah apa yg diberikan oleh Ar-Rahman,
Sungguh qanaah itu harta yg tidak akan habis.
Meskpn berlebihan yg kamu kumplkan.
Tidak manfaat bgimu dlm kehidupan

~ref: terjemahan kitab ”MUKASHAFAH AL-QULUB” karangan Imam Al-Ghazali.~