Saturday, October 17, 2009

Bagaimana Bercinta Cara Islam




Bagaimana Bercinta Cara Islam
Posted on November 22, 2008 by bidadari.
Categories: **I Luv Islam.

www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu “Jodoh”.

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.



Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.



Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Lagu Pilihan Admin_Usah Putus Asa oleh Mirwana&Akbar


Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
“Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku “Tentang Cinta”

living in pain... and memories... :(





salamalaika...
dah lame betul tak update blog ni.... kerana diri ini terlalu sebuk dengan segala assignment dalam mengajar cita2 sbg pendidik... kadang2 tu rasa gak diri mcm tertewas kerana energy usage da hampir ke peak... tp, selalu igtkan diri, jgn pentingkan diri... peluang harus dimanfaati sepenuhnya.. hati ini selalu terhiburdan senang kembali dengan celoteh kwn2 seangkatan... bersama-sama mencari idea dlm mengenlightedkan hidup masing2...

tapi, memori lalu tetap berlyar kembali... susah gak, tapi,, selalu igtkan diri jgnterhanyut... what is past remains to be past. nothing that we can do to change the past... and the wound have to stay as wound...

today, i see that face again... why?? nothing i can do to change this feeling... :(
but, only Allah knows the truth beyond those eyes... the eyes that follow every step that i take in my life, in the future...

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia..
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'. Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam...
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ?
...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'. Hanya ulama ini yang berani bersuara

Friday, July 10, 2009

cara kita sebagai org Islam

alhamdulillah dlm bulan 6 hari tu, saya berjaya mendpt tmpt bgi melanjutkan pelajaran ke upm dlm program diploma pendidikan lanjutan ijazah... so dlm sethun ni mmg la bz and struggle nk finish kan program ni... awl2 lgi da rase lelah dia.... tpi still berpgang pada prinsip, Allah hnya akan bagi dugaan kepada hambanya yg Dia tahu boleh di lalui oleh hamba-Nya itu... insya Allah. lagi 1, apa yg diberi oleh Allah itu adlh peluang, kita akan jdi terbaik di setiap peluang yang kita perolehi... insya Allah...

tapi, sebenrnya bkan tulis post ni nk ckap psal falsafah n yg sewaktu dgnnya... tp, nk story psal pengalaman sendiri... dlm sejarah isra' dan mikraj lgi Rasullulah da berpesan, sesungguhnya penghuni neraka itu lebih ramai drinya adlh wanita, perempuan... kdg2 terasa cam sedey gitu, nape perempuan walhal yg bt jahat kat dunia ni mcm merogol, mencuri, n etc... tapi rase nye da tau da sbb pe? sbb mulut kite sendiri... mulut org perempuan ni... hari tu saya ada kelas pkul 3, jd pergila bersembahyang zohor pd pkul 2 di surau di blok i di fpp (fakulti pengajian pendidikan)ingatkan dlm pkul 2 da lengang la skit surau... alhamdulillah skrg ni smua da ada kesedaran mengenai solat... tapi... hampeh... msih rmai lgi di surau... awalnye, bole la di maafkan sbb maybe diorg nk berzikir ke (besangka baek)... jdi saya pun trus la menunaikan kewajipan... semasa dlm solat, rase macm tesgtlah teganggu dgn zikir2 perempuan ini... dri berbual sehingga ke bergelak ketawa... aku pun terfikir,,, tak nmpak ke diorg yg ada orang sedang bersolat dan memerlukan waktu dan ruang lingkup yg sesuai utk bermonolog dgn Rabbul'Izzati... sedey sgt... memula nye saya bersabar, tetapi semasa saya memakai tudung tiba2 ada sekelompok sahabat yg berbual tergelak... terlalu kuat, bgaikan surau tersebut telah evolving menjadi pasar besar klang gitu... tension gak... and then suddenly tetibe...
" awak tak nampak ke ada org sembahyang kat depan? tak de perasaan hormat ke? saya ingatkan sini surau tapi rupa2 nya pasar"... selepas itu untuk berapa ketika senyapla... tapi lepastu dengar la suara2 sumbng yg mempertikaikan dan memperli teguran yg diberi... susah nk btulkan sesuatu yg telah jdi kebiasaan dan habit dlm diri seseorg... sehinggakan hilang rasa hormat kepada rumah Allah... wlaupun surau yg kecil, tetapi apabila ada hamba-Nya yg mendirikan solat, hrusla kita (umat Islam) menghormati tempat tersebut... klau umat Islam itu sendri hilang rasa hormat, hatta non-muslim... jgn salahkan org bukan Islam tidak menghormati umat Islam, kerana kita la punca hilang rasa hormat itu. letakla kesalahan itu dalam diri masing2..

Tuesday, June 23, 2009

kenapa karbala???

apa sebenarnya yg terjadi di karbala??? aku sendiri dah confuse.... tp, aku rase ape yg terbaik telah pun Allah takdirkan.... cuma, kite sebagai manusia yg perlu merenung sirahnye, dan perhatikan kebaikan dan keburukan drinya... Allah telah membantu kita dlm mencari satu jati diri berdasarkan apa yg berlaku di Karbala... Ia juga telah menunjukkan betapa merbahaya nye akan fitnah dan perkara yg sewaktu dgnnya... walau apa pun, rasanya tak slh untuk kita membaca dan mencari bahan bacaan mengenai karbala... perhatikan beberapa fakta mengenai kejadian tragis ini akn membuka mata kita mengenai kerapuhan hati manusia, kita sendiri... kita ni sbnrnya tak kuat... kekauatan itu hanya milik Allah...kite juga mmg sejak dri dulu selalu mengikut hawa nafsu berbanding rasional akal... klau kwn2 ada cdgn nk soh hidayah bce buku berkaitan karbala ni... berilah idea... hidayah pun bru je tammat bace karbala krgn Faisal Tehrani... Alhamdulillah buku yg digarap menerusi drama atau Ta'ziyah ini senang utk difahami... dan berjaya membuai perasaan ini... :(

lagi satu buku tjuk bidadari Syurga karangn Munif Hijjaz... di dalm bab yg terakhir, beliau menulis mengenai Zainab al-kubra iaitu anak perempuan kpd Ali bin Abi thalib dan Fatimah az-Zahrah bt Muhammad... di dlm bab Zainab, ada diceritakan mengenai pertempuran Karbala yg menyaksikan hussein (iaitu cucu Rasulullah) syahid dibunuh oleh org2 kufah... dan cerita ini betul2 menyayat hati... semua umat Islam spttnya mengetahui mengenai sirah peristiwa pda bulan Muharram ini, despite kite dr mazhab mana sekali pun... insya Allah

Thursday, May 28, 2009

to all the lover of local music out there...

salam sejahtera,
tujuan comment@msg ini dihantar kepada ada
adalah bertujuan untuk memporomosikan blog untuk
download lagu2 indiependent malaysia.kami menyediakan servis ini adalah untuk memudahkan anda mencari lagu2 band2 indie seperti YUNA,BUNKFACE,GREY SKY MORNING dan ramai lagi
yang ada dimalaysia sekali gus mempromosikan band2 yg baru dok tgh meningkat naik.support dari anda amat penting dalam memajukan industri muzik indie di malaysia.pelbagai servis disediakan di blog ini antaranya download,info artis dan online radio.anda boleh layari blog kami di http://www.lunaih.blogspot.com...
Info lain :
download free software dihttp://www.jomdownloadsoftware...
free lyric independent dihttp://www.gualirik.blogspot.c...
buat duit dengan Youtsay di http://youthsays.com/go/dl4...
pst::tlg 4wardkan msg@komen ini kepada rakan2 anda,sokongan anda
amatlah kami hargai.sekian.

Sunday, March 15, 2009

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s.




Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.

Friday, March 6, 2009

suka ke cinta...




KITA SUKA or KITA CINTAI DIA..??


ramai yang kata kat couple/kekasih/lover dia…


:: "i love u"

:: "saya cinta awak"

:: "wo ai nie"

:: "inni uhibbuki ka"

:: "unne kaade lenggereyy"

:: “sarange”



ape2 jugak ayat yang sewaktu dengannya tiap2 hari n merata2 tempat..


tp ader ke kita confirm yang tu cinta?


or juz suka2?


perkara yg utama mesti ada dalam hati bila 'cinta' ialah:


:: kalo laki, ada rasa nak protect dia..

:: kalau pompuan, ada rasa nak dengar teguran yg baik dari dia (rasanya, lelaki pun same gak, tapi cara nak tegur tu kenalah berbeza sebab lelaki ada ego yang kita pun sebagai perempuan nak kene jaga)..

:: ada rasa nak dihargai oleh dia (dari segi hak, harta n maruah dia)..

:: BILE JAUH.. LEBIH BANYAK INGAT SIFAT BAIK n PERIBADI DIA DARI MUKA OR FIZIKAL DIA..

:: sanggup tegur silap dia (tanpa takut hilang dia)..

:: sedia nak tolak ansur n share problem ngan dia..

:: kalau lelaki, sanggup dengar dia membebel especially bila kita buat salah..

:: RASA DIA SEBAGAI KELUARGA (COZ ONE DAY DIA ADALAH SEBAHAGIAN DARI KELUARGA KITA KAN)..

:: risau dalam hati bila masalah berlaku kat dia..

:: kalau terjadi perpisahan, risau yang dia akan beralih hati pd org yg buruk perangainya..

:: sanggup buang ego yg melampau n berlaku jujur dgn dia daripada simpan dlm hati sekadar nak jaga hati dia

:: DAH SET DLM KEPALA RUPA DIA BILA DAH TUA.. SAKIT TERUK.. CACAT TIBA2 n STILL BOLEH TERIMA DIA SEADANYA..

:: SEBUT NAMA DIA DALAM DOA KITA UNTUK KEBAIKAN.. DIBERI HIDAYAH.. DIAMPUNKAN DOSA n DITETAPKAN HATI SEPERTI MANA KITA DOAKAN KELUARGA KITA N SAUDARA SEAGAMA KITA..

---

cuba cek balik n FIKIR masak2 Hati kita..


SUKA ATAU CINTA??

Monday, March 2, 2009

khat lagi...





yg ni utk petandgan esok... cikgu yati (penyelaras pendidikan khas yg mintak aku bt contoh utk bebdk tu ikuti... klau contoh sendiri x cantik...huhuhu sian nye )

Sunday, March 1, 2009

hargailah wanita seadanya


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
“Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

di kala hati berbisik... cintaku bergetar...


Sejenak kita renungkan firman Allah: “Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).” [TMQ Al-Baqarah (2):165]

Mencari cinta Allah
Sungguh Allah telah golongkan orang-orang yang mencintai Allah dalam golongan orang-orang yang beriman. Justeru, cuba kita tanyakan beberapa persoalan kepada diri kita sendiri: sejauh manakah cinta kita sebagai hamba kepada Allah? Jika kita mengatakan bahawa cinta kita kepada Yang Maha Esa ini mengatasi segalanya, apakah bukti cinta kita itu? Atau adakah kita sebenarnya lebih cinta kepada pasangan hidup kita, harta, anak-anak dan segala kemewahan dunia? Untuk menilai cinta dan kasih kita kepada Allah, elok sekiranya kita perincikan satu persatu persoalan tadi sekaligus bertindak sebagai penunjuk aras di manakah sebenarnya diri kita. Layakkah kita mengaku kita telah kasih dan telah cinta kepada Allah?
Sejauh mana cinta hamba kepada Allah dan Rasul-Nya?
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, mereka sentiasa patuh dengan perintah Allah, mereka mengerjakan apa yang Allah wajibkan ke atas mereka dan mereka tinggalkan apa yang dilarang Allah. Kepatuhan ini didorong oleh kesedaran yang tinggi akan amaran yang diberikan Allah supaya tidak meninggalkan ajaran Islam kerana jika mereka melakukannya, Allah Subhanahu wa Taala akan memusnahkan mereka seluruhnya dan menggantikan mereka dengan suatu kaum yang dicintai Allah dan Allah juga mencintai mereka. Allah berfirman yang maksudnya ”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang Kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberiannya), lagi Maha Mengetahui” [TMQ Al-Maidah (5):54].
Rata-rata masyarakat hari ini mengatakan mereka cinta kepada Rasul, tetapi bagaimana? Paling jelas, setiap tahun tatkala 12 Rabiul Awal menjelma mereka menunjukkan cinta kepada Rasul dengan menyambut Maulidurrasul. Persoalannya cukupkah bukti cinta kita hanya dengan sambutan itu semata-mata? Ironinya semasa hayat Rasulullah tidak pernah seorang pun dari para sahabat menyambut tarikh kelahiran Nabi. Justeru di manakah relevannya sambutan itu jika tidak disertai dengan penghayatan kepada pahit getirnya perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Deen Allah di muka bumi ini?.
Dalam ayat lain Allah berfirman: “Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[TMQ Ali-Imran:31]
Sesiapa yang mencintai Allah, maka hendaklah dia mengikut apa yang telah dicontohkan oleh Rasulullah. Antaranya, yang paling relevan dengan kedudukan Islam yang sentiasa ditindas mutakhir ini ialah contoh bagaimana perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam. Pengorbanan yang Rasulullah lakukan di jalan Allah sehingga tertegaknya kalimah Allah di muka bumi, sehingga Islam menguasai satu pertiga dunia, sehingga Islam digeruni oleh semua musuh-musuhnya. Semua itu menuntut satu pengorbanan yang besar.
Berkorban di jalan Allah
Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” [TMQ At-Taubah (9):111].
Persoalannya setakat manakah kesanggupan kita sebagai hamba untuk berkorban jiwa dan harta kita di jalan Allah? Sanggupkah kita menegur pemimpin yang telah leka dibuai oleh arus sekularis-kapitalis yang hanya mementingkan diri dan kepentingan mereka? Sanggupkah kita menyeru sekelian umat untuk kembali menghayati kehidupan Islam dengan menerapkan syariat Islam dalam kehidupan? Sanggupkah kita membetulkan segala sistem yang telah rosak ini dan menggantikannya dengan sistem Islam? Kesemua ini menuntut kita untuk melakukan sesuatu dan bukan hanya berdiam diri dan terus menunggu dengan mengatakan “..itu bukan tugas aku...”, “...itu tugas orang-orang yang berilmu...”.
Sebenarnya apa yang membuat kita tidak sanggup? Apakah sebenarnya yang lebih kita cintai? Allah berfirman: “dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.”[TMQ Al-Fajr: 20].
Renungkanlah firman Allah: “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”[TMQ Muhammad (47):7].
Cinta Allah vs Cinta Manusia.
Di dalam satu ayat, Allah berfirman: “Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”[TMQ At-Taubah: 24].
Ramai antara kita yang lebih cinta kepada pasangannya jika dibandingkan dengan cinta kepada Allah. Jika kita cinta kepada manusia, manusia akan mati, sebaliknya jika cinta kepada Allah, Allah tetap ada, cinta itu adalah cinta hakiki. Dari Anas bin Malik radiallahu anhu., dia berkata: Saya mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Allah berfirman : “Wahai anak Adam (manusia), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengharap kepadaKu, Aku memberi ampunan kepadamu terhadap apa (dosa) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampunan kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu niscaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi” [Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi].
Cinta sesama manusia bersifat rapuh dan sementara. Misalnya dalam sebuah perkahwinan, walau dipupuk dengan penuh cinta dan kasih sayang, tidak mustahil cinta itu akan sirna. Sisuami misalnya akan cinta kepada isteri selagi kulit masih gebu. Bila sudah berkedut, maka dia akan mencari isteri muda. Di sini si isteri akan melakukan apa saja untuk mendapatkan cinta yang kian padam itu tadi hingga sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Itulah hakikat cinta manusia.
Paling parah jika isteri tadi memberontak dengan si suami dan cuba mencari kepuasan di luar. Fenomena ini semakin lazim dalam dunia metropolitan hari ini. Kalau dulu berpantun, bunyinya santun...nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan....ibarat sekali air bah, pantai turut berubah. Kini, nasi lemak nasi kerabu, abang tak nak, saya pun tak mahu.... Akhirnya keluarga porak peranda, rumah tangga entah ke mana.
Bagi suami yang suka menjalin kasih sayang berangkai, satu isteri belum berpada. Paling tidak, akan ditambah dua atau tiga. Isteri yang menyedari cinta manusia bersifat rapuh, tidak akan mudah tertekan menghadapi keadaan tersebut kerana cintanya telah disalurkan kepada cinta hakiki, iaitu cintanya hanya kepada Allah dan semata-mata kerana Allah. Manusia datang dan pergi tapi Allah tetap abadi. Justeru soal poligami bukanlah satu perkara yang mematahkan semangat mereka untuk hidup. Bagi si suami pula, jika mereka benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab yang besar bakal menanti mereka, mereka tidak akan dengan mudahnya membuat keputusan untuk berkahwin lebih dari satu.
Khatimah
Kesimpulannya, cinta dan kasih manusia yang sebenarnya hendaklah kepada al-Khaliq, Tuhan yang Maha Berkuasa. Dengan cinta dan kasih sayangnya kita wujud di dunia ini, demikian juga halnya dengan perasaan cinta dan kasih sayang, ianya dipinjamkan oleh Allah kepada kita untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya. Cinta dan kasih kepada makhluk hendaklah didasari rasa taqwa, bukan emosi dan nafsu semata. Apa yang penting, seorang Muslim itu memahami bahawa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya tidak cukup sekadar mematuhi perintah dan meninggalkan larangan-Nya dalam urusan ibadah khusus semata-mata sebaliknya manifestasi kecintaan kepada Allah dan RasulNya itu ditunjukkan dengan usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam (isti’naf fil al-hayati al-Islam) sehingga pada akhirnya, sebuah negara (Islam) tertegak dan seluruh hukum-hakam terlaksanakan secara kaffah. Manifestasi cinta itu juga dizahirkan tidak hanya dengan membenci perayaan orang-orang Kafir, tetapi dia juga menunjukkan penentangan dan kebencian kepada ideologi dan pemikiran Kuffar-Barat termasuk sistem politik, pemerintahan dan cara hidup yang terbit dari undang-undang Barat dan undang-undang buatan manusia (man-made laws). Manifestasi kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melalui perjuangan kearah penegakkan sebuah negara (daulah khilafah) ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi, maka perasaan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang amat mendalam, yang melebihi cinta kepada selain keduanya akan menjadi pemangkin kepada seorang Muslim itu untuk menzahirkan tujuan penciptaanNya dimuka bumi ini bukan hanya untuk beribadat kepada-Nya tetapi dia juga menunjukkan cintanya itu dengan kesanggupan dan kesediaan untuk diuji.
”Dia lah yang telah mentakdirkan mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun” [TMQ Al-Mulk (67):2].
Wallahu’alam.

mars, bumi, matahari, kita dan akhirat




Ust.Harun Din.. korang kenal kan?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)
p/s: aku pon xtahu gak ni perkara sebenar ke x..
tapi hakikatnyer...kite memang tau yg dunia dah nak kiamat...
tengok jelah sekeliling, dah banyak petanda2 kecil mahupon besar...
klu xtahu tanda2 tu, try usha internet xpon kedai buku agama...
korg bleh habis masa byk utk macam2 bende...tapi utk bende2 agama korg bleh bagi alasan sibok...tu pon petanda kecil gak tu..hehe.

Friday, February 27, 2009

luahan hati seorang ayah.


~ASSALAMMUALAIKUM para sahabat yg taz kasihi sekalian..dlm post kali ni,taz nk bkongsi ttg luahan hati sorg bapa thadap 'kepulangan' anak gadis yg amat disayanginya..luahan ni bukanlah yg taz cipta, tp ia adalah luahan yg benar dr hati sorg bapa, taz petik dr link yg tdpt dlm blog sahabat taz sufygirl.blogspot.com (syukran ya jie)..belum pun selesai taz baca luahan ni, air mata taz dh mula menitis..'boleh ke taz pergi dlm keadaan sebaik ini, setenang ini..?taz byk dosa..byk sgt..' itulah persoalan yg keluar di benak taz seiring dgn air mata yg berguguran di pipi..'Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kasihanilah diriku ini Ya Allah, ku pohon kpdMu janganlah kau cabut nyawaku melainkan aku benar-benar dlm iman dan kasihMU, ku pohon dgn penuh harap Ya Allah, perkenankanlah doaku..'

__________________________ __ ___________
~PUTERIKU SITI HAJAR-PERMATA HATI AYAH DLM KENANGAN~
Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang ayah yang kehilangan anak tercinta ……
Tanggal Isnin 8 September 2008, di kala umat Islam sedang asyik mengerjakan solat sunat Tarawih, puteriku Siti Hajar dalam diam-diam dijemput menemui PenciptaNya. Umurnya yang baru menempuh 23 tahun, pelajar tahun 1 UIA di dalam bidang Bahasa Arab dan memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk memanjangkan usianya. Saat dan ketika puteriku dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Aku pasrah kepada ketentuan Ilahi …….
Kakak, begitulah ia membahasakan dirinya, tidak pernah sakit lebih daripada 2 hari lamanya sebelum ini. Itu pun jarang berlaku. Kakak seorang yang sihat dan aktif di dalam kerja-kerja jamaah dan pelajaran. Secara tiba-tiba Kakak terkena sakit ruam di seluruh badan lebih kurang sebulan yang lalu. Aku ubati Kakak sebagaimana biasa. Ruamnya sembuh tetapi sendi-sendi kakinya pula rasa sengal dan sakit. Ujian darah di SJMC menunjukkan Kakak mengidap “Rheumatoid Athritis” yakni radang sendi di peringkat awal. Menurut doktor yang mana juga aku persetujui, ia hanya kecil, mudah sembuh dan tidak merbahaya. Kakak mengambil ubat-ubatan secara alopati, homeopati dan juga rawatan secara Islam. Hasilnya Kakak hampir sembuh 2 minggu kemudian. Apa yang peliknya, kebiasaan manusia apabila penyakitnya makin sembuh maka tahap kecergasannya pun semakin meningkat. Tetapi tidak dengan Kakak. Kecergasannya semakin menurun walaupun penyakitnya semakin sembuh. Ini yang membingungkanku dan semua orang ……
Lebihkurang 1 minggu yang lepas, Kakak tiba-tiba demam. Demam biasa saja, suhu tinggi sikit dan diiringi dengan batuk dan cirit-birit. Walaubagaimana pun keadaannya tidaklah begitu membimbangkan, musim demamlah katakan …..
Hari Isnin, ketika aku sibuk bersiap untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi, isteriku memaklumkan bahawa Kakak merasa sedikit penat hari itu. Aku jenguki Kakak dan mendapati ia sedang berbaring relaks. “Nampak biasa saja,” bisik hati ku lantas bergegas ke tempat kerja. Di sekitar pukul 6.30 petang aku pulang dari kerja dan terus menjenguk Kakak. Pelik hari tu kerana Kakak tidak berbaring di biliknya sebaliknya memilih berada di bilik tetamu. Sebaik aku masuk, terpandang keadaan penat Kakak yang agak melampau sehinggakan kepala dan tangannya tergoyang-goyang di luar kawalan. “Ini sangat serius,” bentak hatiku. Saya cadangkan kepada Kakak supaya kita ke klinik tetapi Kakak menolak dengan lembut. “Kakak tak taulah ayah, Kakak penat betul hari ini. Boleh tak esok saja kita pergi klinik?”,ujarnya dengan nada yang amat memilukan. Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan Kakak. Aku angguk kepala tanda setuju. Aku duduk di sisinya lantas memegang dan mengusap tangan dan muka Kakak. Suhu badan normal, sendi-sendinya pun sudah tidak sakit lagi dan batuknya pun telah ghaib entah ke mana. Kakak berkata ia semakin sihat. Peluhnya keluar mencurah-curah dan ia berselera sekali makan. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini kerana keadaan fizikalnya tampak semakin baik. Baru aku sedari kemudian bahawa Kakak bukan penat biasa tetapi nyawanya semakin pendek dek ditarik perlahan-lahan oleh Malikul-Maut.
Aku berbual-bual mesra dengan Kakak sambil ia memegang erat tangan ku. Apabila aku menarik tangan untuk pergi bersiap berbuka puasa, Kakak merayu supaya aku tunggu sekejap lagi bersamanya. Aku berjanji akan kembali menemani Kakak selepas berbuka puasa di masjid. Sekembali aku dari masjid aku dapati Kakak semakin ok, siap senyum lagi dan meminta ayah pergi bertarawih ke masjid. Dia dah sembuh, katanya. Aku pergi bertarawih dengan agak ceria apabila mendengar pengakuan Kakak. Telepon bimbit pun tidak “bervibrate” ketika solat bermakna semua ok di rumah.
Ketika aku berada 100 meter dari rumah waktu pulang bertarawih, tiba-tiba telepon bimbit berbunyi. “Cepat bang anak kita tak mahu bangun!”, jerit isteriku. Menurut isteriku kemudiannya, selepas aku ke masjid, Kakak minta nak solat segera selepas azan Isya. Selesai solat ia meminta kebenaran maknya untuk berbaring relaks buat seketika. Maknya pun bersetuju dan membiarkan Kakak berbaring sambil ia sendiri menunaikan solat tarawih berhampiran dengan Kakak. Selesai solat witir isteriku berpaling ke belakang dan mendapati Kakak sedang berbaring tidak bergerak-gerak. Ia lantas cuba membangunkannya tetapi Kakak tetap membisu…..
Aku periksa nadinya, cuba mengesan bunyi nafas dan degupan jantungnya, tapi tiada. Aku cuba lakukan CPR, dan sebaik saja aku tiup di mulutnya udara mudah saja sampai ke paru-paru seolah-olah aku sedang meniup melalui straw ke dalam belon. Ini membuktikan bahawa Kakak sudah pergi, pergi selama-lamanya …..
Aku tidak mahu menghampakan isteriku. Lantas aku ajak abang ipar ku untuk mengangkat Kakak ke dalam kereta dan segera menuju ke pusat perubatan berhampiran. Sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan, doktor di bahagian kecemasan hanya mengambil masa 10 minit untuk mengesahkan apa yang kami amat takuti, yang Kakak telah pun meninggalkan kita lebih setengah jam yang lalu. Air mata semua berguguran tak tertahan-tahan lagi. Aku cuba gagahi bertahan. Sebagai ayah aku kena pujuk ahli keluarga lain. Bagaimana dapat aku lakukan tugas ini jika aku turut sama terheret di dalam pesta air mata. Berterusan doaku semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat hebat ini. Alhamdulillah makbul …..
Doktor tidak tahu nak tulis kematian mengejut ini disebabkan oleh penyakit apa. Umur muda dan tidak ada sejarah sebarang penyakit merbahaya. Dia meminta saya bersetuju dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedahsiasat. Aku merayu dan merayu supaya jenazah puteriku tidak disiksa begitu rupa. Berkat doa dan pertolongan semua, sekali lagi Allah swt makbulkan doaku. Jenazah Kakak sedia untuk dibawa pulang ke rumah. Di saat itu pusat perubatan sudah dibanjiri oleh saudara dan rakan yang datang untuk berkongsi sedih. Di sekitar 1.30 pagi, jenazah Kakak sudah ada di rumah menunggu esok untuk dikebumikan. Ayah dan makku di kampong sudah luluh di dalam tangisan hiba. Mereka segera bertolak dari Perlis untuk bersama berkabung bersama keluargaku. Rakan taulan dan saudara mara tidak putus-putus berkunjung ke rumah ku sehingga ke subuh. Pukul 11 pagi Kakak dimandi, dikapan dan disolat jenazah (yang aku imami) sebaik saja selesai solat zohor. Menurut sorang Pak Aji yang tinggal berdekatan masjid mengakui bahawa ini adalah sejarah kehadiran paling ramai makmum bersolat jenazah sejak masjid ini mula dibuka. Rezekimu Kakak ……
Kakak selamat dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam sekitar jam 3.00 petang. Ayahku sendiri yang membuat tazkirah dan doa selepas selesai upacara pengkebumian. Kami sekeluarga pulang, pasrah kepada ketentuan Ilahi bahawa Kakak telah pergi buat selama-lamanya menemui allah rabbuljalil.
Ramai teman bertanya bagaimana aku boleh begitu “cool” menghadapi saat-saat kematian puteri sulong tercinta. Jawapannya mudah, kerana kekuatan yang Allah beri kepada ku. Kakak pergi dalam keadaan yang paling baik yang boleh kita minta. Ia anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa, berakhlak mulia, sentiasa menjaga kehormatan diri dan ibadat. Malah ketika berbaring, lidahnya tidak lekang membaca Al-Qur’an dan berwirid. Kakak adalah insan yang mudah bertolak ansur dalam bab keduniaan. Jawapannya sentiasa,”Ikut suka hati ayah …..”. Walaubagaimanapun, Kakak begitu tegas dalam bab agama. Berapa kali bapa saudaranya ditegur kerana masih merokok. Kakak diberi pendidikan agama sejak kecil sehingga di Universiti, samada di sekolah atau di rumah. Kakak seorang yang rajin di dalm kerja-kerja jamaah dan memang memiliki jiwa pemimpin. Kehadiran ramai temannya dari UIA membuktikan hakikat ini. Di samping itu Kakak sangat cemerlang di dalam pelajarannya. Beberapa hari selepas meninggal dunia, kami menerima sepucuk surat daripada UIA memaklumkan Kakak tersenarai di dalam Senarai Dekan kerana kecemerlangan akademiknya. Saya menyaksikan sendiri banyak tanda-tanda kurniaan Allah kepada Kakak. Bilik tempat Kakak meninggal dunia harum semerbak bau bunga-bungaan (sehingga ke hari ini) walaupun kita tak pernah bawa masuk sekuntum bunga pun ke dalam rumah. Waktu dimandi jenazahnya oleh maknya tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya puteh berseri-seri, lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai ayah, kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..
Anak Bapa: Moga Allah cucuri ruh Kakak dan ditempatkan di kalangan orang yang solihin …….

Wednesday, February 25, 2009

something that i ever done in a meanwhile...






di sebabkan hidayah ni x der la pandai sgt nk berkhat... tp... suka nk tulis khat for release tension purpose... so, hsilne pn tah pape je kan... tapi, bila tulih khat ni rasa diri sgt senang mengenang yg telah tiada... and of course la i'm missing him... my old man... datuk md. dali the one and only yg introduce me to khat...

something that i called passion draw to memory



from arwah datuk md dali bin hussein

hidayah rapat dgn datuk... suka dgr cerita datuk, cerita zaman perang, cerita datuk jdi org laut... teman datuk gi beli teh dlm tin... crik kedai gunting rambut 50 sen... penah sekali tu,, time datuk angkat dri tadika,,, kita bole menyorok sbb mrh kat datuk... datuk plak bole tunggu kat tgah2 panas... :( what am a bad girl i am kan... datuk selalu teman mkn,,, igt lagi, pling suke mkn nasi lemak ngan kicap.. :p bila mkan ikan parang, datuk yg asingkan isi ngan tulang... kita plak duduk ats meja... kucik je kan... time g and balik sek pun x nk jln kaki,,, nk datuk kendong atas bahu dia... tuan puteri la katakan... datuk ikut je... datuk penah selamatkan kita dri biawak... he is my hero after all... pastu bila tido pun mesti tido setilam ngan datuk... rindu gile saat mcm tu... nama norhidayah ni pun datuk yg bgi... :( al-fatihah untuk Arwah Md Dali bin Hussein... my one and only datuk...

Monday, February 16, 2009

manusia, malaikat dan syaitan...

> Manusia - Eh, dah subuh dah?
> Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
> Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz
>
> Manusia - Nak makan, laparlah ??
> Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
> Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
>
> Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
> Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
> Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
>
>
> Manusia - Alamak, dah lewat!
> Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
> Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
>
> Manusia - Azan sudah kedengaran... .
> Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
> Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
>
> Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
> Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
> Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
>
> Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
> Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
> Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
>
> Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
> Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
> Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?
>
> Manusia - aku telah berdosa..
> Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
> Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)
>
>
> Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
> Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
> Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
>
> Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
> Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
> Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
>
> Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
> 1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
> 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
> 3. Syaitan - Tak payah...

Sunday, February 15, 2009

back to memory lane...

urm... wanted to write something for the remembrance of someone that i miss so much... md dali bin husin... my grandpa... dalam 2 minggu kebelekangan ni rase cam dkt je ngan arwah... especially bile i do his job... datuk seorg penulis khat selain jdi penarik beca n tukang urut. bebanding dgn nenek pon, aku lg rapat dgn datuk dali. klau mkn ikan bnyk tulang pun selalu atok yg plih isi ngan tulang... tido mlm pun dgn dia. tiap kali dia nk tulis khat, musti jerit nama ku kuat2... "ALONG!!! CARI ATOK PUNYE MARKER PEN CEPAT"... ntah cam ne plak, aku skrg ni ajar bdak tulih khat... sbb selalu tgk dia kot, tp, sbnrnya, aku lgsg x pandai tulih khat aku rasa, tp, bile aku dpt je pen khat tu, aku cam spontan je bole tulih n ramai plak yg suke hasilnye, siap nk gantung... kelakar... tp tu la sbbnye ari ni aku msuk stor... dok mencari balik khat yg arwah penah buat... 1 je yg aku jupe... x pela, dr x dpt pape pun kan... i do miss him... :( al-fatihah buat arwah md. dali bin husin...

Wednesday, February 11, 2009

something nice to read... insya Allah


Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

p/s: i’m not the writer, i’m just forward somebody article. try visit this site: http://www.dakwah.info/



but this post really touch my heart… doakan semoga dri ini ketemu seorg yang worth it… An-nur, ayat 26, “vile men are for vile women, vile women are for vile men, good men are for good women, good women are for good men. Such are innocent of that which people say: “for them is a pardon and bountiful provision”…