Friday, October 24, 2008


Ulama mengatakan sujud ketika solat
adalah waktu manusia paling menggalakan
sistem pernafasan dan mengembalikan
kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah
hikmah yang diperoleh daripada perbuatan
bersujud ketika sembahyang.
1.Membetulkan kedudukan buah pinggang
yang terkeluar sedikit daripada tempat
asalnya.
2.Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3.Melegakan sakit hernia.
4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6.mengurangkan kesakitan bagi pesakit
apendiks atau limpa.
7.kedudukan sujud adalah paling baik
untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
8.Meringankan bahagian pelvis.
9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10.Menggerakkan otot bahu, dada,leher,
perut serta punggung ketika akan sujud
dan bangun daripada sujud. Pergerakan
otot ini akan menjadikan ototnya lebih
kuat dan elastik,secara semula jadi dan
ia juga akan memastikan kelancaran
perjalanan darah.
11.Bagi wanita, pergerakan otot itu
menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan
terhindar daripada sakit buah dada.
12.Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
13.Pergerakan bahagian otot sewaktu
sujud juga boleh memudahkan wanita
bersalin.organ peranakan mudah kembali
ke tempat asal serta terhindar daripada
sakit gelombang perut.(Convulsions).
14.Organ terpenting iaitu otak kita juga
akan menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
15.Mengelakkan pendarahan otak jika
tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta
terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
Dari segi psikologi pula,
sujud membuatkan kita merasa rendah diri
di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus
mengikis sifat sombong,riak takbur dan
sebagainya.
Manakala dari sudut perubatan pula,
kesan sujud yang lama akan menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh
mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal
fikiran sekali gus menguatkan mentaliti
seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama
mengamalkan sujud dalam solat yang
banyak dan lama-lama bagi satu-satu
sujud. Dan sujud lama dalam solat
terutamanya dalam solat sunat yang
bersendirian adalah digalakkan di dalam
Islam. Wallahu a’lam.

No comments: